Aloy Paradoks
Aloy Paradoks merupakan seorang penulis dan aktivis teater alternatif di Malaysia. Antara karya teater tulisan dan arahan beliau ialah NAUTIKA (2009), HEGEMONI (2010), MEROCOK-ROCOK (2011), QARIN (2011) dan BERSIH (2012). Manakala antara teater lakonan beliau pula ialah KOTAK HITAM, TEATER JUTA-JUTA serta TEATER JUTA-JUTA KE PUTRAJAYA (2011) arahan Fasyali Fadzly, 1 PLASTIK HITAM(2011) arahan Syahrul Fitri Musa, ARMS AND THE MAN (2010) arahan Ahmad Yatim dan THE BACCHAE (2009) arahan Shyrudin.
Penglibatan awal bersama kumpulan teater UiTM Shah Alam, Aktor Seni Pentas, dibawah bimbingan Mus Rohaizi Ayu. Menyambung pelajaran kemudiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pengarahan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), tetapi tidak menamatkannya atas alasan kekangan masa (baca ; malas dan rasa diri dah power).
Merupakan founder PARADOKS PRODUCTIONS pada tahun 2009, yang mana penubuhannya bermatlamat untuk giat menganjurkan majlis-majlis kesenian di sekitar Lembah Kelang, pementasan teater dan juga membikin filem-filem alternatif. Antara projek filem yang telah dilaksanakan ialah feature film indie berjudul KONTRADIKSI. Namun masih dalam peringkat suntingan dan perbincangan untuk tayangan umum. Selain bergerak bersama PARADOKS, beliau juga kini bertugas sebagai editor dan penerbit di syarikat penerbitan SeLUT Press ; sebuah syarikat penerbitan yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada penulis-penulis muda menghasilkan karya/novel yang segar.
Manakala buku-buku tulisan beliau pula ialah ; BURGERMPARK(2010), KAU(2011), NURUL ASYIKIN(2011) dan NAKAL(2012). Untuk akan datang, selepas pementasan teater ROMPAKAN BERSEPADU ini, novel ROMPAKAN BERSEPADU pula akan dilancarkan pada 23 Jun 2012. Dan projek teater bertajuk BENDA CELAKA YANG DIPANGGIL KOMITMEN sudah menanti untuk dipentaskan pada 29 Jun 2012 nanti.
Teater jenis ROMPAKAN BERSEPADU adalah benda yang ingin sangat dilakukannya dari dulu, dan bakal tercapai.
Teater jenis ROMPAKAN BERSEPADU adalah benda yang ingin sangat dilakukannya dari dulu, dan bakal tercapai.
No comments:
Post a Comment